PENGENALAN PENUBUHAN

MAKTAB RENDAH SAINS MARA BALIK PULAU

 

Dibuka pada tahun 1984 dengan kemasukan pertama pelajar tingkatan 3 (Batch: 1982) yang sebelumnya ditumpangkan di MRSM Muar, Johor dan pelajar tingkatan dua (Batch: 1983) yang sebelumnya ditumpangkan di MRSM Terendak, Melaka. Pelajar tingkatan satu (Batch: 1984) masuk pada 24 Mac 1984. Ketika itu MRSM Balik Pulau masih tidak siap sepenuhnya tetapi dibuka juga untuk kemasukkan pelajar-pelajar.

Pada tahun 1986, disebabkan status MRSM Kulim ditingkatkan kepada Kolej, semua pelajar tingkatan 4 MRSM Balik Pulau (Batch: 1983) dipindahkan ke lain-lain MRSM serata Malaysia untuk membuka kekosongan kepada pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2 dari MRSM Kulim.

Dalam beberapa tahun awal kemasukan pelajar ke MRSM ini, mereka memasuki kuliah yang dipecahkan ke beberapa kategori seperti Sains, Sains Sosial, Bahasa dan Matematik di mana pelajar-pelajar berpindah dari satu kelas ke kelas yang lain untuk belajar. Pilihanraya pemilihan Badan Wakil Pelajar (BWP) yang pertama diadakan pada tahun 1985.

Pengetua

  • 1984 - 1987: Encik Mohd Hussin Ibrahim
  • 1988 - 1989: Encik Faruk Senan B Abdullah
  • 1990 - 1995: Tuan Haji Abdul Ghani B Jusoh
  • 1996 - 2004: Tuan Haji Faruk Senan B Abdullah
  • 2005 - 2006: Encik Saleh B Osman
  • 2006 - 2011: Tn Hj Mohd Sabri b Ali
  • 2011 - 2012: Tn Hj Abd Manab bin Abd Majid
  • 2012 - 2015: Tn Hj Khalil bin Abd Rahman
  • 2012 - 2015: Encik Abu Zaki Bin Ahmad Affandi
  •